Cuba hayati kata-kata ni:
"Be careful when u give ur' HEART' to someone,
becoz when u give ur heart to someone,
u r not only giving that person,
the right to 'LOVE' u, but also a power to 'HURT' u.
Betul kan??Bila kita bersedia untuk memberi hati kita kepada orang lain, maka kita tidak boleh hanya bersedia untuk memikirkan keindahan cinta semata mata, tetapi kita juga perlu bersedia andai kata satu hari nanti hati kita akan disakiti.
Siapa pernah jatuh cinta??Boleh kata semua orang pernah jatuh cinta.Yang belum cukup umur pun dah pandai jatuh cinta sekarang kan.
Cinta ni tak kira siapa pun awak,
Awak ada rupa atau tak,jika hati dah suka,maka terbitlah perasaan cinta.Kekadang kita lihat, ramai yang memiliki isteri cantik, tapi suami tak sepadan pun dengan isteri dia,dan begitu jugalah sebaliknya.
Itulah sebenarnya ke unikan cinta.
Dek kerana cinta ramai orang patah hati.Kecewa...
Dan..
ada yang sanggup membunuh diri kerana cinta.
Cinta memang sukar dimengertikan.
Definisi cinta bagi setiap orang tak sama, bergantung pada pengalaman masing masing.
Apa ubat hati orang yang sedang kecewa ye??
Bagi saya kalau hati kita di kecewakan, masa la ubat yang terbaik..
Anda perlu masa..
Masa untuk redho atas apa yang berlaku, dan terima dia bukan milik kita.
Memang ianya sukar..
Tapi itulah yang perlu kita harungi.
Percayalah..setiap insan di dalam dunia ini, mengalami masalah cinta mereka sendiri, dan kekadang lebih teruk daripada apa yang kita alami.
Kegagalan cinta sebenarnya, membuatkan kita untuk lebih kenal pada sang pencipta.
Allah nak kita sedar, cinta sesama manusia itu tidak akan kekal, yang kekal itu adalah hanya cinta pada Allah dan rasulnya.
Saya selalu tulis kata kata ni jika saya leka" Jika cinta pada manusia itu buat kau leka,...cuba elakkan untuk beberapa ketika.Fokus pada kerja dan tingkatkan amalan serta rasa cinta pada Allah s.w.t.
Saudara & saudari..saya bukan pakar motivasi atau pakar cinta, cuma berkongsi luahan untuk kita sama sama merasakan perasaan yang pernah kita alami.
Cuba kita cakap dengan diri kita macam ni..
Pengalaman cinta yang gagal di masa lalu jadikanlah sebagai pengajaran dalam hidupmu..
Memikirkan selalu tentang cinta manusia memang tiada kesudahanya..
Sentiasa kita akan berteka teki tentang perasaan dan kasih sayangnya...
Tapi..jika cinta pada Allah yang kau cari..ianya takkan ada persoalanya..
Kau akan memiliki cinta yang benar benar sejati yang seperti selalu kau harapkan.
Apapun bagi sesiap yang pernah kecewa atau sedang kecewa kerana apa sahaja, percayalah sebenarnya anda sedang belajar sesuatu tentang hidup.Kenyataanya ini lah hidup, ada suka dan duka.Kita perlu belajar untuk terima dan redho.Sekian dulu.Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan