Ahad, 16 Februari 2014

Jawapan Tepat Temuduga Kerja.

Siapa pun pasti berdebar berdepan dengan temuduga kerja.Sekalipun korang telah bersedia namun rasa gementar tetap tidak dapat di elakkan, kerana korang tidak tahu bentuk soalan yang bakal di kemukakan.

Berikut adalah tip untuk korang dalam menghadapi soalan yang paling umum dan sukar ketika temuduga.Di harap dapat membantu korang mempersiapkan diri dengan sebaiknya sama ada dari segi fizikal dan mental okey??

1. Boleh ceritakan tentang diri anda?
Soalan pembuka bicara,sebaiknya korang jangan terlalu leka menjawabnya.Dalam jawapan korang masukkan empat perkara penting iaitu: Tahun-tahun terakhir pendidikan,pengalaman kerja terdahulu dan pengalaman kerja semasa.Korang practise lah dulu kat rumah.Kalau ada kakak atau adik cubalah berlakon untuk bersoal jawab

2. Apa yang anda tahu tentang syarikat ini?
Berikan jawapan yang menunjukkan korang meluangkan masa mencari maklumat organisasi tersebut.Tunjukkan keinginan korang untuk mempelajari lebih banyak tentang syarikat itu, dan jangan berikan jawapan negatif.
Biasanya cerikan tentang produk dan perkhidmatan, keuntungan,reputasi,pandangan masyarakat,objektif,masalah,gaya pengurusan,kakitangan,sejarah dan falsafah organisasi.
Cari sebanyak mungkin maklumat tentang organisasi tersebut ye.Tidak kira dari organisasi badan kerajaan atau swasta.

3. Apakah sumbangan yang boleh anda berikan lain daripada orang lain?
Sebutkan prestasi dan pencapain kerjaya yang korang telah capai.Kalau korang tiada pengalaman kerja, ceritakan apakah kemampuan dan kemahiran korang yang berkait dengan jawatan dan organisasi tersebut,dan nyatakan bagaimana korang boleh lakukanya.

4. Apa yang ingin anda ingin buktikan di dalam pekerjaan?
Berikan jawapan yang berkaitan dengan peluang di dalam organisasi.Beritahu penemuduga bahawa korang ingin memberikan sumbangan dan di kenali dalam organisasi di masa akan datang.Hindari jawapan yang mempersoalkan kestabilan kewangan peribadi.

5. Bidang kerja jawatan yang anda pohon?
Berikan jawapan yang ringkas dan berkaitan tugas dan tanggungjawab jawatan yang korang pohon tu.Memastikan yang korang tahu mengenai jawatan tersebut sebelum korang menjawatnya.

6. Tempoh masa anda bersama kami?
Berikan jawapan kepada penemuduga bahawa korang sangat berminat bekerja bersama organisasi tersebut.Korang mahu bersama sama menghadapi segala kesukaran,dugaan dan ingin mencapai matlamat bersama.Jawapan mesti penuh bersemangat ye.Baru terkejut penemuduga tu.hehe.

7. Daripada profil anda,kami rasa anda terlalu berpengalaman untuk jawatan ini.Bagaimana pendapat anda?
 Ini soalan perangkap tahu?hehe.Korang di harapkan merendah diri, jangan meninggi diri pulak mentang mentang orang dah puji..hehe.Apapun ucaplah terima kasih dulu.hehe.Tapi korang perlu jawab dengan keadaan merendah diri sambil percaya pada kemampuan diri.
Cara terbaik untuk menjawab soalan ini ialah katakan korang perlukan masa untuk mengenali organisasi ini dengan lebih jauh sebelum menjawat jawatan yang lebih tinggi.

8. Kenapa anda meninggalkan pekerjaan sebelum ini?
Sebaiknya jawablah soalan ini dengan jujur dan ringkas.Dan elakkan jawapan korang tu memerangkap diri korang sendiri.Contohnya jika korang berhenti dari tempat kerja lama adalah di sebabkan konflik peribadi.Nanti korang juga yang beremosi jika penemuduga mengajukan pelbagai soalan.

9. Mengapa anda tidak mendapat pekerjaan yang lebih baik di usia anda sekarang?
Soalan ini pun soalan perangkap juga.Beritahu penemuduga inilah sebab korang memohon jawatan di organisasi ini.Jangan emosi jawab tu yea hehe.Jawablah dengan wajah yang penuh senyuman penemuduga cuma nak lihat keadaan emosi korang je sebenarnya.hehe..

10. Berapa gaji yang anda inginkan?
Ini soalan yang menarik, namun pastikan korang menyebut had angka maksima gaji dalam jawatan korang tu.Janganlah korang dah tahu gaji maksima cuma RM900 pergi minta RM1500.Awal-awal lagi kena reject la macam tu.Hehe.
Jika korang di ajukan soalan ini pada awal sesi temuduga,sebaiknya elakkan bertanya yang korang ingin tahu berapa banyak tanggunjawab atau kerja yang anda perlu buat untuk jawatan tersebut.Tegaskan korang mementingkan pekerjaan dan bukan menjual standard korang.Cewah..hehe.

11.Apa matlamat jangka panjang anda?
Bagi menjawab soalan ini, korang perlu meneliti organisasi tersebut dan mengetahui perancangan dan matlamat mereka.Jawapan korang hendaklah seiring dengan matlamat dan objektif organisasi.Jadi perlu banyak study dululah sebelum temuduga ye.

Apapun saya berharap korang yang ingin pergi untuk temuduga tu semoga berjaya.Sebenarnya temuduga ini di jalankan untuk mengetahui sejauh mana korang boleh mengawal emosi ketika menjawab soalan penemuduga.
Mereka juga nak melihat cara korang berjalan, berpakain dan kesopanan korang.Bukanlah sijil mana yang lebih tinggi antara individu-individu yang hadir temuduga tu.Sijil-sijil tu adalah proses tapisan sahaja yang menentukan anda layak memegang jawatan tersebut.
Yakinkan diri korang ye.


Tiada ulasan: